Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke blog Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu,Perak. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, blog ini berjaya dibangunkan.
Tujuan blog ini diwujudkan selain untuk memberi informasi berguna kepada semua kakitangan dan orang awam, ianya juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara persatuan belia dan persatuan sukan serta seluruh warga Daerah Pengkalan Hulu dengan pentadbiran ini dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Sebarang cadangan dan komen amatlah dialu-alukan
demi meningkatkan lagi mutu organisasi.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan. Semoga usaha-usaha seperti ini akan berterusan ke arah menjana kecemerlangan pembangunan belia dan sukan.
Sekian, terima kasih.
En. Esa Bin Ibrahim
Pegawai Belia dan Sukan
Pejabat Belia & Sukan Daerah Pengkalan Hulu